KEPENTINGAN KEWARTAWANAN ONLINE : Blog Simbol Perubahan Era Kewartawanan Kini)
KEPENTINGAN KEWARTAWANAN ONLINE: Blog Simbol Perubahan Era Kewartawanan Kini
06:16 |
Read User's Comments(0)
23:37 |
JENTERA SUKAR TUAI PADI
Oleh: Nor Mimi Amirah Alias
PENDANG- Sejak musim ini, petani terpaksa berhadapan dengan masalah penuaian padi berikutan berlakunya mendapan tanah yang boleh menyebabkan padi sukar dituai dan kebanyakan mesin jentera penuai padi tidak dapat masuk ke dalam petak sawah tersebut.
Mereka juga mendakwa sistem saliran air yang tidak sistematik telah menyebabkan air masuk ke dalam petak sawah sehingga menyebabkan tanah menjadi tidak kering dan jerlus sekaligus menyukarkan jentera untuk menuai hasil padi.
Menurut pemandu jentera penuai padi Mohd Nasir, tanah yang mendap juga telah menyebabkan padi sukar ditanam dan petani terpaksa berhadapan dengan masalah tanah yang tidak subur dan berlakunya pelbagai masalah penyakit kepada tanaman padi.
“Ini sahaja sumber pendapatan kami, akibat daripada berlakunya mendapan tanah kami tidak lagi dapat menuai padi dan sumber pendapatan juga turut terjejas.
“Hasil tuaian padi berkurangan
kerana jentera padi tidak mahu menuai padi di kawasan yang mendap kerana
bimbang jentera mereka akan tersangkut di tanah yang jerlus tersebut.
“Sebagai
alternatif lain, kami terpaksa menggantikan jentera padi yang menggunakan tayar
getah dengan tayar besi supaya dapat masuk ke dalam petak sawah yang jerlus dan
mendap,” Katanya.
REVOLUSI MEDIA ATAS TALIAN
09:44 |
penglibatan audien dalam media hari ini, telah menyebabkan berlakunya perkembangan kewartawanan atas talian. inovasi yang memacu bidang teknologi diselaraskan dengan kehendak masyarakat abad globalisasi ini.
kewartawanan online simbol perubahan era kini
22:04 |
kewartawanan blog merupakan anjakan paradigma dalam professional kewartawanan di era internet dan pengguna bebas mengemukakan idea dan luahan rasa terhadap isu yang diutarakan. Dengan hadirnya teknologi komputer, ia telah membawa perubahan kepada kewartawanan konvensional. Medium blog adalah salah satu rangkaian sosial yang memberi peluang kepada golongan bukan profesional untuk menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. tetepi perlu diingatkan setiap fakta yang dikupas perlu telus,benar dan sahih yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai. saya harap melalui blog ini, dapat saya kembangkan pengetahuan dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan anda semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)