Powered by Blogger.
RSS



JENTERA SUKAR TUAI PADI


Oleh: Nor Mimi Amirah Alias

PENDANG- Sejak musim ini, petani terpaksa berhadapan dengan masalah penuaian padi berikutan berlakunya mendapan tanah yang boleh menyebabkan padi sukar dituai dan kebanyakan mesin jentera penuai padi tidak dapat masuk ke dalam petak sawah tersebut.

       Mereka juga mendakwa sistem saliran air yang tidak sistematik telah menyebabkan air masuk ke dalam petak sawah sehingga menyebabkan tanah menjadi tidak kering dan jerlus sekaligus menyukarkan jentera untuk menuai hasil padi. 

      Menurut pemandu jentera penuai padi Mohd Nasir, tanah yang mendap juga telah menyebabkan padi sukar ditanam dan petani terpaksa berhadapan dengan masalah tanah yang tidak subur dan berlakunya pelbagai masalah penyakit kepada tanaman padi. 

     “Ini sahaja sumber pendapatan kami, akibat daripada berlakunya mendapan tanah kami tidak lagi dapat menuai padi dan sumber pendapatan juga turut terjejas.


     “Hasil tuaian padi berkurangan kerana jentera padi tidak mahu menuai padi di kawasan yang mendap kerana bimbang jentera mereka akan tersangkut di tanah yang jerlus tersebut.
     “Sebagai alternatif lain, kami terpaksa menggantikan jentera padi yang menggunakan tayar getah dengan tayar besi supaya dapat masuk ke dalam petak sawah yang jerlus dan mendap,” Katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS